[VIDEO]
KELAM pandangan saya apabila dijatuhkan hukuman penjara enam tahun.
Saya tahu, ibu bapa saya menangis di belakang sana,” kata Azlin (bukan
nama sebenar) yang sudah menghabiskan separuh dari tempoh hukumannya.
“Pada waktu itu, mereka (ibu bapa) tidak mahu bercakap lagi tentang cita-cita saya untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya saya terpaksa akur bahawa masa hadapan saya semakin samar.
"Selepas 3 tahun menghuni di sini, saya faham. Penjara banyak membantu saya untuk sedar, berubah dan belajar untuk menjadi insan yang lebih baik. Kini, saya faham erti kehidupan dengan pelbagai pengisian rohani di samping ilmu yang mungkin saya boleh bawa di kemudian hari”, tambahnya ketika menyiapkan tempahan mufin dalam sebuah premis di penjara.
Hakikatnya, penjara merupakan pangkalan terakhir dalam sistem pengadilan. Seperti sudah sebati dalam pemikiran masyarakat, penjara adalah tempat menghukum pesalah jenayah semata-mata.
Namun begitu, peredaran dan keperluan semasa mengubah fungsi penjara. Kini, penjara berperanan sebagai institusi koreksional untuk membentuk dan memulihkan tingkah laku pesalah agar selaras dengan keperluan norma dan nilai-nilai masyarakat.
Menurut Prof Michael D. Maltz, institusi koreksional mempunyai kaitan dengan melibatkan sasaran keberkesanan kepada tiga pecahan kumpulan iaitu pesalah, masyarakat dan seterusnya kepada
institusi koreksional itu sendiri.
Selaras dengan fakta tersebut, tindakan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah kategori mengurangkan jenayah juga menumpukan terhadap proses pemulihan dan peningkatan kemahiran banduan.
Inisiatif di bawah Program Pemulihan Penjara termasuklah untuk mewujudkan penjara industri, perangkaan program pasca pembebasan dan pengelasan penjara dan banduan kepada kategori pesalah kali pertama, pengulang laku jenayah (residivis) dan pesalah tegar.
"Konsep penjara industri sebenarnya lebih menekankan aspek pemulihan sekali gus membantu proses persediaan banduan dengan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pembuatan makanan dan beberapa sektor industri kemahiran untuk kembali dalam kelompok masyarakat”, kata Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Mohd Sakeri Dollah.
Bermula dari tahun 2012, seramai 9,533 perantis (penghuni) telah mengikuti program-program di bawah sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia.
Manakala pada tahun ini sahaja, seramai 1,800 orang banduan sudah pun didaftarkan di bawah program SLDN dan 91 orang di bawah CIDB. Setakat ini, program sara diri industri roti dalam penjara menunjukkan tahap keberkesanan yang memberangsangkan dalam pelaksanaan NKRA di bawah inisiatif penjara industri.
Pelaksanaan program seksyen vokasional dan industri tersebut merupakan penyumbang terbesar terhadap penjimatan kos operasi urus tadbir kerajaan. Sejak beroperasi Januari tahun ini, jumlah roti putih dan ban yang dikeluarkan berjaya menjimatkan kos perbelanjaan bekalan berskala ke seluruh institusi penjara sekurang-kurangnya RM4.65 juta.
Merujuk kepada kadar residivisme yang tidak pernah melebihi 9 peratus, program pemulihan dan persediaan banduan dengan kemahiran berjaya menangani masalah pengulangan salah laku jenayah selepas kembali kepada masyarakat.
“Pak Long sedar yang perlakuan Pak Long dulu salah dan sekarang Pak Long cukup menyesal. Kalau boleh, lepas keluar nanti Pak Long nak buka kedai roti. Pak Long nak semua orang rasa roti hasil didikan dan usaha Jabatan Penjara,” kata salah seorang mangsa jenayah.
Usaha pengkategorian banduan dalam institusi penjara pula mencatatkan 91.16 peratus banduan telah dikategorikan dan diasingkan mengikut zon dan jenis kesalahan. Usaha ini akan memudahkan pelaksanaan modul pemulihan yang melibatkan program bimbingan, pengukuhan sahsiah serta kemahiran.
Pelaksanaan Program Pembangunan Insan (PPI) juga menunjukkan impak berkesan selain usaha melengkapkan prasarana pemulihan dan mempertingkatkan kompetensi kakitangan institusi.
Seramai enam orang banduan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA), 40 orang berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (BBA) dan 38 orang pemegang Diploma dalam bidang Pengurusan.
“Bagi menjayakan keberkesanan inisiatif-inisiatif NKRA di bawah program mengurangkan jenayah, kerjasama daripada agensi kerajaan lain, pihak swasta, NGO dan masyarakat awam adalah amat diharapkan,” tambah Sakeri.
Pengukuhan pengetahuan dan tahap kemahiran akan membantu banduan untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran masyarakat dengan memiliki kelayakan untuk bekerja atau menjalankan perniagaan selepas menamatkan tempoh pemenjaraan.
Secara amnya, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan dalam program mengurangkan jenayah menunjukkan impak positif dari sudut pentadbiran, kualiti kehidupan masyarakat dan secara tidak langsung menjamin kesejahteraan awam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan