MALAYSIAKINI
Mayat dua warga Nepal, Karna Dhwaj Limbu, 28, dan rakannya Dhan Kumar
Rai ditemui tertimbus lumpur di dalam anak sungai di Jalan Lama Lojing
di Gua Musang semalam.
Mereka dilapor hilang dalam kejadian lereng bukit runtuh pada 31 Disember lepas.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata semasa
kejadian, kedua-duanya sedang menanam sayur di kebun majikan mereka
apabila lereng bukit tempat mereka bekerja tiba-tiba runtuh.
Mayat telah dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum diserahkan kepada kedutaan negara mereka bagi urusan pengkebumian.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan