KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menggariskan enam perkara atau tindakan dikenali 6E yang perlu dilakukan
pemimpin belia dalam usaha memperkasa anak muda di negara ini.
Beliau berkata, perkara itu ialah 'engagement' (mendekati), 'empowerment' (pengupayaan), 'education' (pendidikan dan kemahiran), 'experience' (pengalaman), 'entrepeneurship' (keusahawanan) serta 'enterprise' sosial.
"Belia ini suka didekati, bagaimana bentuknya...kita mesti wujudkan pelbagai platform, bukan yang sedia ada tidak cukup...tapi kalau kita perluaskan lagi, maka maklum balas yang diterima akan lebih komprehensif dan menyeluruh.
"Sebab itu kita buat Parlimen Belia, kita lebihkan 'engagement'. Keadaan kini berbeza, orang muda dulu dia dengar, sekarang dia bertentangan. Kalau yang ini kita tak faham, kita tak akan faham apa kita lakukan," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM Ke-63 di Hotel Istana, di sini.
Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dan timbalannya, Datuk M Saravanan serta Presiden MBM, Mohamad Maliki Mohamad Rafiee.
Menyentuh pengupayaan belia, Najib memberi contoh kajian semula terhadap konsep Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan merangkumi ciri melahirkan belia yang berkemahiran, berdisiplin serta memiliki sifat patriotisme yang tinggi.
Perdana Menteri juga berkata, kerajaan bersedia untuk memberi lebih banyak peluang dan peruntukan tambahan kepada persatuan belia yang aktif dan berjaya melaksanakan program dan aktiviti yang bermanfaat dan berguna kepada masyarakat.
"Dalam konteks MBM (Majlis Belia Malaysia), kalau lebih aktif, lebih banyak lagi peluang tambahan akan diberikan.
"Kalau boleh ada penarafan dan penilaian diberikan terhadap program yang dibuat, buatlah program yang boleh beri manfaat dan belanjalah secara berhemat," katanya
Najib turut menyambut baik dan memuji persetujuan dicapai semua pihak terutama pemimpin belia supaya had umur belia yang kini di bawah 40 tahun diturunkan kepada 30 tahun.
Usaha itu kata beliau akan membolehkan Malaysia selari dengan penarafan standard antarabangsa yang mentafsirkan golongan belia adalah di bawah usia 30 tahun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan