HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Januari 2015

PRU14: Anak muda pilih pemimpin karisma, tolak lambang parti

 
Oleh Ahmad Fadzly Esa 


Sudah sampai masanya generasi muda mengubah budaya memilih calon pemimpin, yang diharapkan untuk membela dan memperjuangkan nasib mereka, berdasarkan lambang parti politik.

Sebaliknya, golongan ini dinasihatkan untuk berfikiran rasional dengan menyelidik  latar belakang peribadi calon yan mewakili parti politik itu terlebih dahulu. Adakah beliau memenuhi ciri-ciri kriteria pemimpin berkarisma?

Kemudahan internet serta pergaulan yang lebih terbuka sedikit sebanyak menghilangkan budaya taksub atau pun “pengikut buta” yang ada dahulu.

Perkara yang dibangkitkan ini harus diberi keutamaan bagi generasi muda menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Generasi muda yang rata-ratanya mahasiswa akan sentiasa mempersoalkan segala sesuatu yang cuba disuapkan kepada mereka, sama ada fahaman budaya, ideologi mahu pun pandangan-pandangan pihak berkepentingan.

Di sini saya tertarik dengan rencana pembaca The Malaysian Insider yang disiarkan 16 November lalu. Ia memberi peringatan kepada generasi muda khususnya, dan masyarakat umumnya.

"Mahasiswa yang sebenar juga tidak akan tertipu dengan mana-mana kepentingan parti politik yang cuba mengesksploitasi tenaga dan memanipulasi pemikiran mereka. Selain itu mereka juga berperanan sebagai ‘check and balance’ kepada gelagat nakal agamawan dan politikus yang menjual agama, bangsa dan negara demi kepentingan mereka.

“Golongan intelektual ini adalah “kuasa ketiga” yang benar-benar bebas daripada anasir yang cuba memanipulasi isu-isu masyarakat untuk “political mileage” ahli-ahli politik. Mahasiswa tidak akan terburu-buru dalam merespon satu-satu isu tanpa usul periksa dan terperangkap dengan agenda pihak tertentu. 

“Mahasiswa juga akan bersikap adil dalam memberi pendapat dan tidak bertujuan menjatuhkan atau memalukan sesiapa tetapi hanya berani mengatakan apa yang benar dan memperjuangkannya bukan sekadar protes di jalanan,” memetik rencana itu.

Mereka perlu berusaha sendiri memperjuangkan idealisme dan cita-cita mereka terhadap negara, serta aktivisme di lapangan. Mahasiswa juga adalah juru bicara masyarakat, di saat tiada siapa yang peduli kerana tidak memberikan keuntungan kepada mereka.

“Mahasiswa sebagai generasi-Y adalah generasi yang sangat berpotensi besar dalam membawa misi membaik pulih keadaan masyarakat yang lapar dari toleransi, berbaik sangka, bantu-membantu rentas parti politik,budaya,agama, ideologi dan sebagainya.

“Generasi muda ini adalah entiti yang bebas kepentingan dan menjadi harapan untuk menggerakkan peranan kerarah perubahan sosial dan pemulihan politik negara,” memetik rencana itu lagi.

Kini semuanya bergantung kepada mahasiswa yang akan meneruskan kesinambungan negara, untuk merencanakannya mengikut corak acuan mereka tersendiri yang sudah pasti akan memberi nafas baru kepada susur galur politik negara pada masa hadapan.

Tiada ulasan: