HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 Januari 2015

Sendirian Dirumah Berlumpur Setinggi Betis

RAKYATNEWS


alt

 

TUMPAT- Sedih. Itulah ungkapan yang mampu diucapkan sukarelawan Malaysia Bumiputra Brotherhood (MBB) apabila menemui wanita warga emas sendirian di salah sebuah kediaman di sini yang diselaputi lumpur setinggi betis.

Menurut Pengerusi MBB yang mengetuai misi bantuan banjir, Norafiq Mohd Noor, beliau terpanggil untuk memasuki rumah tersebut setelah salam yang diberi tidak terjawab sungguhpun pintu rumah tersebut terbuka luas.

"Apa yang tersentuh hati selepas menjengah, ada seorang nenek tua yang sangat uzur tengah baring dan keadaan didalam rumah dipenuhi dengan lumpur setinggi betis.

"Soalan pertama yang saya tanya, nenek duduk dengan siapa? Dia jawab nenek duduk sorang, anak duduk kampung sebelah, anak tak datang ke? Dia cuma geleng kepala. Nenek dah makan? Dia jawab dah lama tak makan nasi. Memang sedih," katanya.

Jelasnya, beliau dan sukarelawan lain bergotong-royong membersihkan rumah tersebut di samping menghullurkan bantuan berupa barang dapur bagi kegunaan warga emas tersebut

alt

Misi bantuan MBB ke Kelantan merupakan misi kali kedua yang bermula 1 Januari 2015.

Misi kali ini tertumpu di bahagian Tumpat, Kelantan yang kini hanya boleh dimasuki kenderaan pacuan empat roda.

Tiada ulasan: