Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh didakwa
berhubung dakwaan yang dibuatnya dalam surat kepada Biro Penyiasatan
Persekutuan Amerika Syarikat mengenai Paul Phua, kata Lawyers for
Liberty (LFL).

Pengarah LFL Eric Paulsen (kiri) berkata hakikat bahawa Putrajaya telah menarik balik
surat Zahid itu, menimbulkan keraguan sama ada Phua benar-benar telah
membantu kerajaan dalam projek keselamatan, seperti didakwa oleh Zahid.
Menyifatkan surat itu sebagai "mengejutkan", Paulsen kata menteri
berkenaan mesti mendedahkan apa projek-projek tersebut, atau beliau
boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
Katanya, jika kandungan surat itu tidak benar, maka terdapat prima facie terhadap menteri itu berkaitan penyalahgunaan kuasa dan mungkin, pelbagai kesalahan lain di bawah Bab XI Kanun Keseksaan - 'Keterangan Palsu dan Kesalahan-kesalahan terhadap Keadilan Awam'.
Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.
Sabtu lalu, peguam Phua, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan berkata Zahid telah menulis surat, yang diterbitkan oleh akhbar Hong Kong South China Morning Post, atas permintaan Shafee.
Zahid dilaporkan menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua Wen Seng bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.
Menteri itu juga dilaporkan mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan