Keretakan hubungan DAP dan Pas, menyebabkan parti itu cuba mendapatkan sokongan pelajar Melayu di Asia Barat.
KUALA LUMPUR: Tindakan pemimpin DAP mengadakan perjumpaan dengan pelajar Malaysia di Asia Barat dilihat sebagai langkah meraka untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada parti itu.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, DAP akan tempang dan mampu mempertahankan Pulau Pinang sahaja jika undi orang Islam tidak berpihak kepada mereka.
“DAP memerlukan satu pertiga orang melayu, kerana sebelum jumlah satu pertiga itu dari undi Pas.
“Jadi, disebabkan keretakan hubungan antara DAP dan Pas, mereka berusaha untuk mencari sokongan Melayu yang mana sebelum ini meraka menjadikan PAS sebagi kuda tungangannya,” katanya kepada FMT.
Menurut Ibrahim, tindakan pemimpin DAP ke Jordan juga adalah untuk mempengaruhi pelajar Melayu dengan memburuk-burukan pemimpin parti politik Melayu yang lain, baik daripada pemimpin Pas mahupun UMNO.
“Mereka juga akan bertindak membantu pelajar dari sana secara senyap dari segi kewangan. Pastinya orang Melayu akan sokong DAP.
Dakwa Ibrahim lagi, DAP sekarang sedang menarik pemimpin PAS yang digelar golongan Anwarinas untuk bersama mereka demi mengekalan kuasa dan menjadi alat mereka untuk menaik sokongan Melayu kepada parti tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan