1MDB 1Malaysia Development Berhad
 
 
 
PARIT BUNTAR - Ahli perniagaan, Low Theik Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan isu pelaburan syarikat 1MDB diminta supaya menutup mulut dan tidak menuding jari kepada sesiapa.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan Jho Low mengeluarkan kenyataan terbuka mendakwa langsung tidak terlibat dengan pelaburan 1MDB dan menuding jari kepada Ahli Lembaga Pengarah 1MDB adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, sekiranya Jho Low tidak terlibat, dia tidak seharusnya bersifat ‘gabra’ dan mempersoalkan pengurusan syarikat milik kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan, Jho Low juga cuba menyalahkan Umno kononnya mengaitkan namanya dalam isu 1MDB.

“Sedangkan hakikat sebenar, Umno dan Pemuda langsung tidak pernah menyatakan namanya dalam isu 1MDB selama ini, sebalik pemimpin pembangkang yang bersifat ‘jump the gun’," katanyadi sini, semalam.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh berkata mereka tidak bersalah, namun akhirnya keputusan siasatan syarikat 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan agensi kerajaan yang menentukan kebenaran sebenarnya.

“Saya ingin mengingatkan Jho Low, shut up!

“Dia tidak perlu untuk mengajar pihak berkuasa mengenai apa patut (berkenaan siasatan 1MDB )," katanya.