MSO
Dalam face book riuh randah dengan kemunculan sebuah
risalah yang mengecam dan mengutuk beberapa orang pemimpin Pas. Antara
pemimpin Pas yang menjadi serangan dan kutukan risalah tanpa
penanggungjawab berkenaan ialah Mohamad Sabu, Dr Mohd Hatta Ramli, Nizar
Jamaluddin, Hanipa Maidin dan Phahrorazli Mohd Zawawi. Mungkin ada
beberapa nama lain lagi?
Tidak pasti bila ia mula disebarkan dan berpusat di mana. Ia mula
tersebar sejak minggu lalu. Katanya teruk juga kecaman dalam risalah
berkenaan. Pemimpin Pas itu digelar sebagai "parasit". Kemarahan risalah
berkenaan kepada pemimpin Pas itu ialah kononnya mereka hendak
menjatuhkan presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Sepanjang sejarah Pas lebih 60 tahun dan berhadapan dengan beberapa kali
pertandingan merebut jawatan, belum ada risalah seumpama itu diterbit
atau disebarkan sebagai bahan kempen. Apa yang berlaku itu adalah satu
fenomena baru yang ditetaskan oleh generasi baru kini. Sejauh manakah ia
memberi keuntungan kepada perjuangan agama dibawa Pas, walhaualam.
Tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab ke
atas penerbitan risalah berkenaan kerana ia tidak dinyatakan
identitinya. Bolehlah disifatkan ia diterbitkan oleh jembalang dan
mereka yang memusuhi Pas yang menjadi gunting dalam lipatan. Saya tidak
fikir ia adalah kerja orang yang mencintai perjuangan Pas dan juga
mencintai Abdul Hadi Awang sendiri. Sebagai seorang ulama besar Abdul
Hadi sama sekali tidak merestui kegiatan seperti itu.
Siapa pun tidak akan berfikir dan bersetuju kalau ada orang beranggapan
risalah sebegitu disukai oleh Abdul Hadi kalaupun ia membantunya. Jiwa
agama yang ada kepada Hadi masih lagi menolak hal-hal sebegitu seperti
mana Tuan Ibrahim Tuan Man yang melarang dan mengarah agar akaun
facebook tidak bernama ditutup.
Seburuk-buruk ahli Pas mereka tidak berdendam antara satu sama lain dan
tetap masih menggunakan kata-kata yang sopan dan tidak tergamak dicerca
dan hina antara satu sama lain di tempat terbuka. Kehebatan Pas selama
ini ialah berjaya menutupkan perbalahan mereka dari dunia luar. Umno
menjadi hilang akal untuk mengsksploitasikan krisis dalaman Pas kerana
ia tidak dibawa ke luar.
Mereka yang menerbitkan risalah itu juga sebagai dayus dan pengecut.
Tidak bertanggungjawab dan ia lebih kejam daripada kerja Iblis dan
syaitan. Bahkan Ibalis lebih bertanggungjawab dan baik daripada mereka
kerana mereka berani berdepan dengan Tuhan, mengistyharkan perang
terhadap manusia.
Tindakan sedemikian menyebabkan orang akan pertikaikan apakah dakwaan
mereka terhadap para pemimpin Pas yang menjadi mangsa itu benar atau
tidak. Kalau mereka bertanggungjawab mereka tampil ke hadapan untuk
bersemuka. Kalaupun tuduhan ke atas kelima pemimpin itu benar, tetapi
dengan tanpa nama disertakan menyebabkan orang meragui kebenarannya
serta niatnya.
Kerana sifat risalah itu demikian busuk dan tidak bertanggungjawab, ahli
Pas tidak perlu melayaninya. Bahkan tidak pun wajar memperpanjangkan copy page
ke dalam facebook atau dikirmkan kepada rakan sebagai bahan berita.
Perbuatan begitu seperti menyalai daging yang tidak disembeleh.
Jangan pedulikan kepada risalah itu dimana niatnya jelas bagi memecah
belahkan ahli-ahli Pas. Risalah itu membawa keburukkan kepada Pas.
Mungkin pemimpin seperti Mohamad Sabu dan yang lain itu boleh bersabar
dan menerima seadanya, mereka sudah masak dengan kerenah perjuangan,
tetapi mungkin tidak dengan pengikut mereka. Pengikut akan kesal dan
marah dengan apa yang berlaku sehinggakan timbul rasa ingin membalasnya.
Bila pengikut tidak dapat menerima situasi itu saat inilah akan berlaku
perpecahan. Apa yang perlu difikirkan kalau berlaku perpecahan siapa
yang untung. Semua tidak laba dengan perpecahan melainkan pihak musuh.
Perpecahan membawa masalah kepada puak yang disokong dan kepada puak
yang dikhianati.
Kepada pemimpin Pas yang dikecam dan diburukkan itu hendaklah bersabar
dan tidak mempedulikan semua itu. Tidak wajar bagi anda melayan
kertas-kertas busuk begitu. Dan ahli Pas dibawah pula harus merasakan
sayang kepada mereka dan seisapa sahaja. Sepatutnya semua ahli Pas
merasa sayang dan tidak tergamak untuk memburuk-burukan ahli Pas kerana
mereka adalah saudara separti.
Lantaran itu bagi saya mereka yang menerbitkan risalah secara hantu itu
adalah musuh Pas yang sejati, tidak kira siapa dan apa tujuannya. Dan
musuh Pas tidak kira siapa, mereka harus ditentang sampai ke liang
lahad. Kalau kebetulan yang terlibat itu mereka merupakan ahli Pas,
bertaubatlah dan hentikan kerja-kerja tidak menguntungkan itu. Pas tidak
suka dengan perbuatan anda.
Manakala kalau ianya adalah kerja musuh Pas atau mereka yang kecewa
dengan Pas kerana gagal mengapai sesuatu yang dihajati wajarlah mereka
berbuat demikian, kerana orang kecewa sememangnya tidak ada kekuatan
dalam perjuangan melainkan melakukan pengkhianatan demi pengkhiatan
dalam gelap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan