Kenaikan
Harga Rumah 2015 Terkini di Malaysia Naik RM30,000 Secara Purata.
Menteri Berpuas Hati. Respon Anda? : Daripada rata-rata kalangan rakyat
malaysia kerisauan paling utama sekarang ini adalah lebih berlegar
selain daripada faktor kenaikan harga barang naik di Malaysia adalah
kenaikan harga rumah naik di Malaysia.
Ramai daripada kalangan rakyat Malaysia
begitu risau dengan lonjakan harga rumah yang jauh untuk rakyat marhaen
jangkau meliahtkan gaji dan pendapatan yang mereka nikmati hari ini
telah tertinggal jauh ke belakang berbanding harga rumah di Malaysia.
Bagaimanapula dengan anda?
BACA SINI : Konsep Bina dan Jual Rumah 2015 Dibatalkan! Menteri Jadi Jurucakap Kapitalis Hartanah di Malaysia?
Tetapi kerisauan rakyat malaysia dilihat
tidak selari dengan kenyataan terkini daripada Chua Tee Yong Timbalan
Menteri Kewangan II seperti di bawah ini :
“Ini adalah hasil beberapa langkah yang diambil kerajaan dalam usaha membendung spekulasi harga rumah. Peningkatan harga tidak boleh dielakkan, namun peningkatan itu dapat dikawal dengan baik.
Timbalan Menteri Kewangan II, Chua Tee
Yong tampak berpuas hati dengan idea, cadangan dan mekanisme yang
digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal kenaikan harga rumah.
Antara yang telah dilakukan kerajaan malaysia sekarang ini adalah :
Cara Bendung Kenaikan Harga Rumah 2015 Terkini di Malaysia?
- mengumumkan kenaikan harga rumah minima yang boleh warga asing beli pada kadar RM1 juta dan ke atas sahaja
- mengumumkan kenaikan cukai keuntungan hartanah (RPGT)
- memansuhkan skim tanggungan kadar faedah oleh pemaju (DIBS)
mengurangkan nisbah pinjaman perumahan yang boleh ditawarkan kepada rakyat Malaysia
Masakan tidak melihatkan sahaja
data-data dan statistik yang dibentangkan pada Laporan Pasaran Harta
2014, Chua Tee Yong Timbalan Menteri Kewangan II berpuas hati dengan
kadar kenaikan harga rumah 2015 pada ketika ini yang dianggap lebih
perlahan berbanding tahun-tahun sbeelumnya :
- Kenaikan harga rumah naik di Malaysia secara purata sebanyak RM30,000 daripada RM266,304 pada 2013 kepada RM295,345 sebuah pada akhir tahun 2014.
- Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu melaporkan pada tahun 2014, hampir 250,000 transaksi pembelian rumah dilakukan bernilai RM82.06 bilion.
Jikalau purata kenaikan harga rumah 2015
naik RM30,000 setahun dianggap sudah dapat dikawal dengan baik, Berita
Semasa merasakan ada baiknya rakyat marhaen terutamanya generasi yang
sekarang dan akan datang lebih bersedia dan berdikari tanpa bergantung
sepenuhnya serta meletakkan harapan yang tinggi kepada menteri dan
pemimpin.
Adakah pendapatan dan gaji rakyat
marhaen naik tiap-tiap tahun sehingga mampu bersaing dengan kenaikan
harga rumah 2015 naik pada ketika ini secara realitinya?
Gaji fresh graduate 10 tahun lalu
berbanding sekarang, berapa banyak beza? Adakah generasi akan datang
mampu catch up dengan purata kenaikan harga rumah 2015 naik RM30,000
setahun untuk 10 tahun akan datang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan