Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar cuba menghina negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan bahawa polis sudah menemui banduan Sirul Azhar Umar di Australia.
Mahfuz berkata, Sirul sendiri menafikan kenyataan Khalid bahawa pegawai polis Malaysia ditahan untuk merekodkan kenyataan Sirul di Australia.
Dengan kenyataan Sirul ini, menimbulkan pertanyaan kenapa Ketua Polis Negara telah berbohong dalam keadaan beliau tahu bahawa Sirul pada bila-bila masa berkeupayaan untuk menafikan pembohongan tersebut?
“Adakah ini antara tanda-tanda betapa Tan Sri Khalid sudah tidak layak untuk terus memegang jawatan nombor 1 dalam PDRM...?,” soalnya.
Beliau seterusnya mengaitkan tindakan Khalid yang tangkas mengarahkan pasukannya menahan MP atas ucapan dalam perbahasan Parlimen dan kenyataan di Twitter.
Mahfuz dengan sinis menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai “siri lawak jenaka”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan