HALAMAN SANTAI

Rabu, 8 April 2015

Mahathir ibarat ketua pembangkang


Hanafiah Mat Hanafiah
 
 
 
KUALA TERENGGANU - Pas menganggap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua pembangkang berikutan kenyataan beliau yang lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kenyataan terbaharu dikeluarkan Mahathir secara terbuka melalui blognya, chetdet.cc, sebenarnya kerap dipersoalkan pemimpin PR sebelum ini.

Menurut beliau, misalnya berhubung isu pembunuhan wanita Mongolia sebelum ini, pihaknya sudah memperjuangkan perkara itu lebih enam tahun supaya membuktikan siapa yang memberi arahan.

“Saya sokong kenyataan Chet Det (Mahathir) supaya buat siasatan rapi. Siapa yang bagi arahan kepada (Koperal) Sirul untuk bertindak sedemikian? Siapa yang arah? Rakyat masih kabur mengenai perkara ini,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya hanya mahu Najib jawab soalan rakyat' ]

Hanafiah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, kenyataan Mahathir berkemungkinan boleh mengikis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada.

Menurutnya, Mahathir yang mentadbir kerajaan dalam tempoh yang lama iaitu 22 tahun, sudah tentu mempunyai pengaruh yang kuat sehingga ke hari ini.

Malah, Hanafiah percaya Mahathir tidak akan bercakap sesuatu tanpa alasan kukuh.
"Sudah tentu beliau (Mahathir) ada alasan tersendiri sehingga sanggup bersikap lantang terhadap beberapa perkara yang membelenggu pentadbiran Najib ketika ini.

“Kalau tiada asas, beliau tidak akan bercakap. Inilah yang kita minta siasat kerana isu Altantuya ini bukan cerita hari ini sahaja,” katanya.

Kata Hanafiah lagi, isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut menarik perhatian Mahathir yang meminta Najib memberi penjelasan kepada rakyat.

"Keadaan ini secara tidak langsung membuktikan perkara itu mengelirukan rakyat.
“Suara Mahathir ada pengaruh dan beliau juga mempunyai pengaruh sehingga sekarang,” katanya

Tiada ulasan: