Naib
Presiden PKR, Rafizi Ramli teruja untuk berdepan dengan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di
mahkamah.
Beliau memberitahu Malaysiakini demikian dalam reaksinya terhadap saman fitnah yang difailkan Najib dan Rosmah terhadapnya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata ia akan menjadi "perbicaraan abad ini" kerana ia adalah saman pertama yang melibatkan Rosmah.
Rafizi berkata, peguamnya akan lebih teruja kerana mereka akan dapat
menyoal balas Rosmah sebagaimana mereka mereka lakukan dengan Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan