HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 April 2015

RM2.61 juta BR1M terlebih bayar

MALAYSIAKINI


 


Terdapat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menebus baucar mereka lebih daripada sekali.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, sekurang-kurangnya 6,577 orang menebus dua kali bantuan BR1M daripada 2012 hingga awal 2014, melibatkan wang kerajaan RM3.34 juta.

Daripada jumlah itu, hanya 1,771 memulangkan wang itu kepada Kementerian Kewangan.

Menurut laporan itu, sehingga 31 Disember; seramai 1,555 gagal memulangkan BR1M 2012; seramai 1,850 orang untuk BR1M 2013; dan 1,401 orang untuk BR1M 2014.

Ini bermaksud seramai 4,806 orang belum memulangkan bayaran terlebih itu kepada kerajaan dan jumlah mencecah angka RM2.61 juta.

Laporan itu mencadangkan kerajaan menggantikan baucar BR1M dengan surat penerimaan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank bagi mengatasi masalah itu di masa akan datang.


Tiada ulasan: