HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 April 2015

Serangan tajam Mahathir, ujian getir Umno




Oleh NYZA AYOB 



KUALA LUMPUR: Umno di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak mengalami ujian paling getir apabila kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai serangan tajam dan ‘ganas’ yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Umno masih tidak mahu menukar presiden mereka dan sebagaimana didakwa bekas Perdana Menteri itu, ahli-ahli parti tersebut setia secara ‘membuta tuli’ terhadap pemimpin mereka

Sedangkan katanya, umum mengetahui Umno mengetahui tidak mahu ‘rock the boat’ (mengganggu) sehingga kapal mereka berserta nakhoda dan anak-anak kapal seluruhnya akan karam bersama.

“Apakah kita sedang menyaksikan satu episod keberantakan sejarah politik Umno yang bakal menghuru-harakan bukan saja parti politik Melayu terbesar di dunia itu, bahkan berpotensi mencetuskan krisis kepimpinan negara sehingga boleh diiktiraf sebagai menjadi satu ‘Failed Leadership’, kalau pun belum boleh disebutkan sebagai sebuah ‘Failed State’ lagi?” soalnya.

Katanya, mungkinkah telah sampai masanya untuk rakyat menekan ‘The Reset Button’, setelah Mahathir dan vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sendiri sudah menekan ‘The Panic Button’ untuk membuat kejutan dan meniup semboyan kepada ahli Umno dan rakyat seluruhnya.

Menurut Dzulkefly, umum perlu mengambil perhatian serangan terbaharu Mahathir dalam tulisan di blognya baru-baru ini yang mahu siasatan dilakukan terhadap dakwaan Sirul Azhar Omar bahawa pembunuhan Altantuya dilakukan di bawah arahan.

Begitu juga katanya, sebelum ini Mahathir juga menegaskan bahawa tuduhan penyelewangan dalam urus niaga berbilion ringgit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jho Low telah dibuat dengan buktibukti yang jelas.

Katanya, sehingga kini dakwaan Mahathir itu tidak dijawab oleh Najib, selain menyatakan ia satu pembohongan.

Sehubungan itu katanya, Umno- BN patut memikirkan kembali kenyataan bekas Presiden Umno itu bahawa rakyat sama ada Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak lagi percaya kepada Najib dan BN dan parti itu akan berhadapan dengan kekalahan dalam PRU ke- 14 akan datang.

Tiada ulasan: