GERIK – [DIKEMASKINI] Meskipun menempuh pengalaman
getir sepanjang tiga minggu terperangkap di Yaman, Muhammad Izham Hamdan
menetapkan pendirian untuk terus menyambung pengajian di negara itu.
Muhammad Izham, 22, berkata, pergolakan yang berlaku itu tidak sesekali mematahkan semangat mereka dalam berjuang menuntut ilmu.
Katanya, sepertimana dia tekad menuntut ilmu di negara itu dahulu, begitu juga keyakinannya sekarang menyambung semula pengajian di sana.
“Buat masa ini, saya tidak berhasrat menamatkan pengajian, lagipun saya yakin keadaan akan kembali aman dalam tempoh beberapa bulan ini.
“Yang penting, kita teruskan doa agar semua masyarakat Islam di sana selamat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tanjung Kala di sini, semalam.
Muhammad Izham, penuntut jurusan Syariah Islamiah di Ribat Al-Idrus, Aden sejak 10 bulan lalu selamat kembali ke tanah air bersama 66 penuntut lain, Khamis lepas.
Anak kelima daripada lapan beradik ini kemungkinan akan kembali ke negara itu, hujung tahun ini bagi meneruskan pengajiannya selama empat tahun.
Mengimbas keadaan sepanjang berlindung dalam sebuah masjid di sana, Muhammad Izham berkata, bacaan al-Quran dan Yasin diamal setiap hari, menjadi kekuatan mereka.
“Setiap malam, selain qiamullail, kami baca yasin tiga kali berturut-turut mohon keadaan kembali pulih, ada juga yang berpuasa.
“Kami ibarat satu keluarga besar, mengisi masa dengan lakukan aktiviti keagamaan bersama,” katanya.
Walaupun telah selamat kembali, dia bersama rakan lain tidak lupa mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi getir di negara itu melalui pensyarah dan rakan.
“Keadaan kini belum stabil, masih dalam keadaan bergolak, saya dimaklumkan ia akan ambil masa untuk kembali pulih, jadi kena tunggu keadaan betul-betul reda, baru kami dibenarkan pulang,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan