HALAMAN SANTAI

Sabtu, 18 April 2015

Terbebankah Negara Dengan Hutan 1MDB?



Oleh Mohammad Agus Yusoff


Bercakap di di program 'Perkembangan Ekonomi Semasa' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1MDB membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.

Beliau juga menyatakan 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal untuk membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga menyebabkan hutangnya meningkat kepada RM42 bilion setakat Mac 2014. Aset ini adalah pelaburan kerajaan jangka panjuang menyebabkan 1MDB gagal menjana aliran tunai yang menjadikannya tidak mampan.

Membaca berita ini, maka saya tertanya: Apa salahnya apabila Tun Dr. Mahathir bertanyakan kerajaan mengapa hutang 1MDB tinggi dan di manakah wang dari Cayman Island yang dibawa keluar itu disimpan?

Saya fikir kerajaan tidak perlu gelabah dengan pertanyaan Tun Mahathir ini. Jawab sahaja dengan jujur, maka Insha Allah keyakinan rakyat dapat diraih. Yang menjadi masalahnya ialah apabila sekali kerajaan menjawab hutang 1MDB tidak ada masalah, dan hari ini Menterinya mengakui hutang 1MDB membebankan.

DI akhir analisisnya, saya fikir sudah sampai masanya pemimpin kerajaan lebih telus dalam memberi reaksi kepada keluhan dan teguran rakyat supaya masalah negara, jika ada, dapat diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah. Terbukalah.

Tiada ulasan: