HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 April 2015

ISMA tuduh bukan Islam ekstremis sebenar

 
ISMA mendakwa perbuatan Alvin Tan yang sudah beberapa kali menghina Islam merupakan contoh terbaik bagi mengukuhkan dakwaan bukan Islam adalah golongan pelampau yang sebenar.


ISMA



PETALING JAYA: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa orang bukan Islam di negara ini adalah golongan ekstremis yang sebenar.

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman menjadikan perbuatan Alvin Tan yang beberapa kali menghina Islam sebagai contoh terbaik.

“Sepatutnya, mereka (bukan Islam) kena faham dari mana datangnya ekstremis.

“Contoh paling jelas ialah Alvin. Mana ada individu seperti Alvin di kalangan Islam? Tetapi mereka dengan mudah menuduh orang Islam sebagai ekstremis sedangkan bukan Islam yang tergamak berbuat demikian diabaikan” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau diminta mengulas penghinaan terbaru Alvin menerusi rakaman video yang mempersenda azan dalam keadaan separuh bogel.

Perbuatan tidak bertanggungjawab Alvin ini mendapat kutukan termasuk bukan Islam yang mendesak lelaki itu ditangkap kerana cuba menimbulkan permusuhan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dilaporkan mengutuk perbuatan Alvin kerana menghina umat Islam dan menghasut kepada kebencian agama.

Abdullah Zaik berkata, selagi ada pihak yang beranggapan orang Islam sebagai pelampau, pemikiran itu akan terus berleluasa dan dibesar-besarkan oleh bukan Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak kerajaan bertindak tegas untuk memperbetulkan pandangan songsang terhadap Islam yang semakin berleluasa di negara ini.

Tiada ulasan: