KUALA LUMPUR - Wanita kesunyian berpotensi terpengaruh dengan penularan
IS di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom.
Ini kerana katanya, wanita seperti ini lebih rapuh, lebih banyak menghabiskan masa dalam media sosial dan mudah dipengaruhi oleh gerakan militan tersebut.
"Kebiasaannya wanita-wanita sunyi yang tidak boleh tidur pada waktu tengah malam akan berjaga dengan Facebook masing-masing. Sekitar jam dua, tiga pagi mereka masih baca Facebook masing-masing lagi.
"Biasanya pada jam tersebut, media sosial sedikit lengang. Pada masa itulah anggota gerakan militan ini mencari mangsa dan mempengaruhi wanita-wanita ini," katanya dalam sidang media Seminar Kelestarian Keselamatan Negara (SKKN 2015) di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini, hari ini.
Katanya lagi, bermula dengan perkenalan biasa, hubungan wanita itu dan anggota militan tersebut menjadi bertambah rapat; dan pada masa itulah kehidupan IS didedahkan kepada wanita tersebut.
"Hubungan baik antara anggota itu dan wanita yang 'dipilih' akan bertambah erat, mereka mula berkongsi mengenai kehidupan dan cerita masing-masing. Dari situlah rasa sayang terhadap perjuangan radikal IS dicambahkan dalam diri wanita terbabit.
"Sebab itulah kita terima tangkapan melibatkan wanita-wanita yang masih muda," katanya lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak termasuk penjawat awam supaya memahami konsep sebenar jihad Islam yang menjadi punca kekeliruan sebahagian masyarakat awam.
"Kefahaman tersebut dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dengan kekuatan yang boleh memudaratkan agama dan negara," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan