1MDB menegaskan kejatuhan nilai Ringgit disebabkan
beberapa faktor termasuk kejatuhan mendadak harga minyak mentah dan
kelembapan ekonomi dunia.
PETALING JAYA: Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak puas hati terhadap kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menyifatkan kejatuhan nilai Ringgit disebabkan masalah 1MDB.
“Penyusutan nilai Ringgit dan mata wang lain disebabkan oleh kejatuhan mendadak harga minyak mentah, unjuran kadar peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat serta kelembapan ekonomi dunia dalam pasaran pesat membangun.
“Berdasarkan fakta sejarah, belum ada satu syarikat pun yang dikaitkan sebegitu rupa kepada nilai Ringgit. Kami yakin fakta yang dikongsi oleh 1MDB dan penjelasan segera yang dikeluarkan setakat ini,
akan memberikan penjelasan dan jaminan kepada semua pihak berkepentingan,” kata 1MDB dalam kenyataan media.
Malah, 1MDB yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan mengesahkan nilai aset syarikat itu melebihi hutangnya.
Tambahan pula, 1MDB berkata, Zeti menyedari bahawa 1MDB sentiasa memenuhi, tanpa ingkar, obligasi pembayaran asas dan kadar faedah, kepada peminjam domestik dan asing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan