Bercakap dalam satu wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia, beliau yang merupakan presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mendakwa, orang Cina semakin berani menghina orang Melayu apabila melihat "DAP memandang rendah kemampuan Melayu".
Beliau yang juga bekas ketua menteri Melaka, kembali dalam politik nasional menerusi Pesaka yang bertindak sebagai penganjur himpunan "baju merah" atau "Himpunan Rakyat Bersatu" yang diadakan pada Hari Malaysia baru-baru ini.
"DAP pandang rendah kemampuan Melayu dan fikir mereka boleh buat apa-apa sahaja yang mereka suka.
Ali berkata demikian sewaktu menjawab soalan sama ada himpunan "baju merah" yang lalu itu akan menyebabkan pengundi Cina atas pagar menjarakkan diri daripada Barisan Nasional (BN).
"Orang Cina ini tengok siapa kuat. Siapa kuat, mereka akan ikut. Kita kena tegas. Kenapa Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura berjaya? Kerana mereka tegas.
"Jadi, kalau kita lembut, tidak boleh. Kalau mereka tunjuk mereka boleh buat, kita tunjuk kita pun boleh buat tetapi demonstrasi secara aman," katanya.
Beliau mendakwa, kaum Cina kini berubah berbanding dahulu yang sederhana kepada berani, kerana kerajaan sedia ada bersikap lembut.
"Pesaka hendak pertahankan kerajaan. Kita tunjukkan, jangan hina orang Melayu, dan kita berani. Kalau kita berani, mereka akan fikir 2 kali," kata Ali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan