Perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu telah melukakan hati ahli Umnno, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh hari ini.
Dalam mesyuarat perwakilan Umno bahagian Masjid Tanah, beliau menempelak himpunan itu kerana "tiada lagi adab dan susila".
"Oleh itu, (Umno bahagian) Masjid Tanah akan bangkit bangun menjaga maruah," katanya yang juga ketua Umno bahagian itu.
Mengulas insiden gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipijak, Ab Rauf berkata pihaknnya tidak akan berdiam diri berhubung insiden itu.
Ekoran insiden itu berlaku, ia mengundang kemarahan Umno dan PAS malah kedua-dua parti itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Manakala BERSIH turut menggesa pemijak gambar itu supaya tampil memberi penjelasan berhubung tindakan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan