HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 September 2015

Inspektor dirempuh mat rempit dinaikkan pangkat

 Inspektor dirempuh mat rempit dinaikkan pangkat
Anggota polis mengusung keranda jenazah Pegawai Penguatkuasa Trafik, mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen,32, di Pangkalan Udara Polis DiRaja Malaysia, Kuching hari ini. Mendiang yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang meninggal dunia selepas dirempuh mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di Batu Pahat Johor pada ahad. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM - Mendiang Inspektor Margerat Tagum Goen yang maut dirempuh mat rempit kelmarin dinaikkan pangkat dari Inspektor kepada Asisten Superintendan (ASP) atas pengorbanannya kepada pasukan.
 
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman mengumumkan pekara tersebut ketika menyambut jasad mendiang Magaret di Unit Pengkala Udara, PDRM Kuching hari ini.
 
Mayat mendiang yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi turut  diiringi suaminya, Leon Bahak, 37 yang bertugas di Kem Mahkota Kluang, Johor sebagai pegawai waran dua.
 
Mendiang Margerat maut akibat dirempuh mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor. 
 
Tambah Muhammad Sabtu lagi, tragedi ini sebagai suatu kehilangan besar kepada Polis Diraja Malaysia.
 
"Margaret adalah antara pegawai wanita yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas sehingga meragut nyawanya sendiri," katanya.
 
 

Tiada ulasan: