Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia
(MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, mendesak Kementerian Dalam Negeri
dan Kementerian Luar menyegerakan ekstradisi blogger kontroversi Alvin
Tan ke Malaysia.
Abdul Rani berkata, dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat
tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan mengikut
undang-undang negara.
"Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis
Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol
Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan,"
katanya kepada Sinar Online.
Dalam pada itu, Abdul Rani berkata, kalau dia diberi kesempatan dia sanggup ke Amerika Syarikat untuk menjejaki Alvin.
"Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin," katanya seloroh.
Sementara itu, Abdul Rani berkata MJMM akan membuat satu laporan polis terhadap Alvin pada esok hari.
"MJMM akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi, isu Alvin
menghina kalimah ALLAH, pada 8 September ini (esok) jam 11:30 pagi,"
katanya.
Terdahulu Exco Pemuda Umno bersama NGO Pemikir Muda Malaysia baru-baru
ini telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah
Aman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi
tujuan meminta kerajaan mengekstradisi segera Alvin Tan ke Malaysia.
Selain itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin sebelum
ini. Namun sehingga kini Alvin masih bebas di Amerika Syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan