HAZAWANI ARIFFIN
Masalah jerebu yang berlarutan sejak minggu lalu dipercayai berpunca daripada beberapa titik panas yang dikesan di Sumatera.
KUALA LUMPUR, Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara sederhana pagi ini namun sebanyak lima kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 1 tengah hari.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 24 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 17 yang lain merekodkan bacaan IPU baik.
Antara kawasan yang mengalami bacaan IPU tidak sihat adalah Muar (117), Melaka (115), Bukit Rambai (117), Nilai (113), Seremban (104).
Langkawi mencatatkan bacaan IPU yang terbaik iaitu 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan