Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan pihaknya telah menerima balasan surat tunjuk sebab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jam 3 petang hari ini.
Menterinya, Khairy Jamaluddin bagaimanapun memaklumkan tidak mengetahui isi kandungan surat berkenaan.
"Iya. Sudah terima. Tapi saya belum membaca isi kandungannya kerana berada di sini," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Pada 10 September lalu, Khairy memberi tempoh 14 hari kepada FAM untuk membalas Surat Tunjuk Sebab kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) berhubung insiden kekecohan ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 bertemu Arab Saudi 8 September.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Stadium kecoh: FAM diberi tempoh 14 hari ]
Pada perlawanan itu, beberapa penyokong Ultras Malaya mencetuskan provokasi dengan melempar suar, bunga api dan mercun roket ke tengah padang sehingga perlawanan terpaksa dihentikan pada mini ke-88 ketika Malaysia ketinggalan 1-2.
Dua antara suspek yang direman sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam minggu lalu atas tuduhan merusuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan