IKHWAN HAZWAN
Menurut Paulsen,
sekiranya Khairuddin dibebaskan selepas perbicaraan dan jika pendakwa
raya membuat rayuan, maka beliau tidak akan dibebaskan, sementara
menunggu proses rayuan. - Foto arkib TRP
KUALA LUMPUR, Penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan selama 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), bererti beliau tidak akan boleh diikat jamin.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty,
Eric Paulsen berkata, sekiranya Khairuddin dibebaskan selepas
perbicaraan dan jika pendakwa raya membuat rayuan, maka beliau tidak
akan dibebaskan, sementara menunggu proses rayuan.
Beliau mendakwa Sosma adalah undang-undang yang berbahaya dan melanggar hak perlembagaan serta standard perbicaraan yang adil.
“Walaupun secara teknikalnya ada
perbicaraan, tetapi kesan Sosma adalah seseorang tertuduh itu boleh
ditahan untuk tempoh yang panjang.
“Ruang lingkup kesalahan di bawah Sosma
yang samar-samar dan luas tidak berlaku di negara demokrasi lain dan ia
membuatkan proses pembelaan sangat sukar,” katanya menerusi laman
Twitternya hari ini.
Beliau
mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid
Ibrahim bahawa Khairuddin ditahan selama 28 hari di bawah Sosma.
Noor Rashid berkata, selepas menjalankan
siasatan di bawah Sosma, polis akan merujuk perkara itu kepada Timbalan
Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Khairuddin yang sebelum itu dibebaskan,
selepas ditahan reman sejak Jumaat lalu, ditahan semula semalam di
Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Jumaat lalu, beliau ditahan Unit Siasatan
Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di
kediamannya, di Mont Kiara, dipercayai berkaitan siasatan membabitkan
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen
124C Kanun Keseksaan, atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan
demokrasi berparlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan