Tiada parti politik boleh menang pilihan raya di Malaysia tanpa mengambil kira kepentingan kumpulan di luar lubuk sokongan tradisi mereka, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Parti politik yang persoal kedudukan istimewa Melayu dan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak akan lakukannya dengan risiko sendiri. Mereka sudah tentu akan hilang sokongan majoriti pengundi.
“Begitu juga parti politik yang menjejaskan kepentingan sah bangsa lain akan hadapi risiko hilang peratusan sokongan besar undi dalam pilihan raya dan akan gagal membentuk kerajaan di peringkat nasional.
“Akhirnya banyak parti politik jadi lebih patuh terhadap kerangka perlembagaan demi mencapai kepentingan kaum yang seimbang, selain mempromosi keharmonian kaum, kestabilan politik dan perpaduan nasional,” katanya dalam ucapan dari Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina pada Isnin.
Kritikan Muhyiddin itu dibuat selepas Presiden Umno dikritik selepas dilihat mempertahan sentimen perkauman yang didakwa berlaku dalam himpunan baju merah minggu lepas.
Dalam ucapan itu, Muhyiddin berkata mempertahankan keharmonian kaum di Malaysia tidak mudah dengan keraguan antara etnik terus berlaku sejak daripada prakemerdekaan negara lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan