HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 September 2015

PSM: Biarlah, kami sudah lama sendirian

Zikri Kamarulzaman


 


Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak menyertai gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan dan menganggapnya bukan perkara besar.

“Tiada undangan (untuk sertai).

"Kita pun bukan berminat sangat kerana kita ada kerja untuk dibuat, untuk memperkasakan rakyat dan meneliti masalah mereka,” kata pengerusi PSM Nasir Hashim kepada Malaysiakini.

Sambil menegaskan menjadi anggota gabungan baru tidak penting, Nasir bagaimanapun berkata mereka akan mempertimbangkannya jika terdapat tawaran dibuat.

“Kita sudah bersendirian sejak sekian lama. Sama ada mereka undang atau tidak ia bukan perkara besar,” katanya.

Walaupun bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, beliau bagaimanapun berharap apabila tiba pilihan raya akan datang, masih terdapat ruang untuk kerjasama.

Ia, kata Nasir, bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang tidak menguntungkan pembangkang.
Nasir tewas dalam pilihan raya 2013 di Kota Damansara selepas berlaku pertembungan tiga penjuru dengan PAS dan BN.

PSM juga kecundang di Semenyih dan Jelapang pada tahun itu susulan campur tangan Pakatan.
Parti sosialis itu telah melupakan idea bersama pembangkang November tahun lalu.

Mereka ketika itu membentuk gabungan kiri bersama Parti Rakyat Malaysia – usahasama yang kurang memberangsangkan.

Tiada ulasan: