HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 September 2015

Undi tak percaya: Kenyataan saya diputar belit

Azalina Othman
Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM - "Saya tidak pernah keluarkan kenyataan bahawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dibawa ke sidang Dewan Rakyat di Parlimen...

"... apa yang saya katakan sebenarnya adalah usul sebegitu tidak pernah dibawa ke dalam sidang," demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina  Othman Said.

Azalina berkata demikian ketika menafikan pemberitaan sebuah portal tempatan yang mendakwa Azalina berkata, usul tersebut tidak boleh dibawa ke Parlimen menjelang bulan hadapan.

“Dalam, berita tersebut, saya menyatakan bahawa undi tidak percaya tidak boleh di bawa di dalam sistem pentadbiran negara. Saya sebenarnya telah menjawab soalan dari wartawan yang bertanya mengenai undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Saya telah menafikan perkara tersebut di mana buat masa sekarang tiada sebarang usul sebegitu,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Menurut Azalina lagi, kenyataannya yang disiarkan menerusi portal berita tersebut telah disalah erti dan diputarbelitkan oleh agensi berita terbabit.

 “Saya tidak pernah membuat kenyataan seperti 'we do not follow such a process (negara kita tidak ada proses seperti itu. Malaysia cannot have such vote (Malaysia tidak boleh melaksanakan undi seperti itu)' seperti yang dilaporkan dalam media online ini dan kenyataan saya telah diputarbelitkan.

"Ini boleh dibuktikan dengan rakaman video temuramah saya yang disertakan,” jelasnya lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya]

Sebuah portal berita tempatan semalam mendakwa Azalina menolak proses pembentangan usul tidak percaya kepada Najib di Parlimen nanti.

“Saya menyatakan bahawa di Malaysia, undi tidak percaya tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Undi tidak percaya hanya boleh dibuat dengan mendapat sokongan majoriti. Majoriti ahli parlimen menyokong "leader of the house" iaitu perdana menteri.

“Maksud saya di sini ialah, sememangnya menjadi prerogatif mana-mana ahli parlimen untuk membawa usul sebegitu tetapi mereka tidak dapat luluskan usul itu memandangkan majoriti ahli parlimen menyokong perdana menteri,” katanya lagi.


Tiada ulasan: