HALAMAN SANTAI

Sabtu, 17 September 2016

Anak Mahfuz Masuk PAN

 

 



Anak Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar secara rasmi menjadi ahli Parti Amanah Negara (PAN) dalam satu majlis malam tadi, lapor portal pro PAN, Malaysia Dateline.

Muhammad Mujaheed Mahfuz dilaporkan telah menjadi ahli PAN secara rasmi apabila menerima sijil keahlian PAN daripada Pengerusi PAN Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dalam satu majlis penubuhan penaja PAN cawangan Along Senibong.


Mujaheed dalam ucapannya berkata, dia menyertai PAN kerana mengenali ramai orang-orang yang terlibat dalam parti itu.

“Dalam PAS dulu saya tak aktif secara langsung kerana prinsip saya, selagi ayah saya dalam politik, saya tak mahu aktif secara langsung.

“Tapi saya banyak tolong kerja-kerja belakang tabir terutamanya membantu ayah saya. Saya sertai Amanah kerana saya rasa saya kenal ornag-orang yang ada dalam Amanah ini,” katanya.


 
 
 

Tiada ulasan: