Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menghormati pandangan
anggota sekretariat badan pemantau pilihan raya itu, Mandeep Singh
Karpal yang menulis artikel mengkritik pembangkang.
Malah beliau menegaskan badan itu tidak akan memecat Mandeep kerana prinsip BERSIH adalah mendokong hak kebebasan bersuara.
"Saya rasa ini bukan masalah yang besar. Itu pandangan dia sendiri, tak
ada kaitan dengan kerja dia. Kalau orang bagi pandangan yang kita tak
suka, maknanya kita (BERSIH) tak perlu ambil pekerja," katanya kepada
Antarapos.
Ujar beliau lagi, penulisan Mandeep itu tidak mewakili BERSIH, sebaliknya hanyalah pandangan peribadi.
Dalam artikel Mandeep yang diterbitkan Rabu lalu, beliau membidas
pembangkang yang gagal bersatu dan tanpa kepimpinan yang jelas.
Malah katanya tidak mustahil pembangkang akan kekal sebagai pembangkang untuk sedekad akan datang atau mungkin lebih.
Ia berikutan sikap yang diambil pembangkang yang berpecah belah dan saling bercakaran sesama sendiri.
Kata-kata itu menyusul selepas Mandeep menyifatkan penyelesaian atau
pelajaran terbaik bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada
pembangkang adalah sebagaimana situasi sebelum 7 Mac 2008, dimana mereka
tidak mempunyai sebarang negei, GLC atau kuasa.
Untuk rekod pada PRU12 pada 2008 lalu, pembangkang yang dikenali
Pakatan Rakyat (PR) pada ketika itu berjaya menewaskan Barisan Nasional
(BN) sehingga hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima negeri
dikuasai mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan