Kedua-dua pemimpin itu menggunakan agama untuk kepentingan politik
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai lambang kekeliruan kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak tetap mengenai, kata Shahbudin Husin menerusi blognya.
Menurutnya, jelaslah bahawa kini kedua-dua pemimpin tersebut menggunakan nama agama untuk kepentingan politik apabila khususnya apabila Najib baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
“Terbukti di sini bahawa kecelaruan dan kekeliruan berkaitan Akta 355 adalah kerana keinginan Najib dan Hadi menjadikannya sebagai isu politik untuk kepentingan Umno, PAS serta untuk mengaburi rakyat melalui hubungan mesra mereka.
“Terbukti di sini bahawa kecelaruan dan kekeliruan berkaitan Akta 355 adalah kerana keinginan Najib dan Hadi menjadikannya sebagai isu politik untuk kepentingan Umno, PAS serta untuk mengaburi rakyat melalui hubungan mesra mereka.
“Natijahnya, Najib dan Hadi, sama-sama memikul tanggungjawab telah mengelirukan umat Islam negara ini,” katanya.
Najib selepas mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) baru-baru ini berkata parti itu secara konsensus mengambil pendirian bahawa Akta itu akan kekal sebagai Rang Undang-undang persendirian.
Timbalannya Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu mendahulu membuat pengumuman yang bercanggah selain menegaskan parti itu bersedia kehilangan ‘rakan-rakan’ lama kerana tindakan itu.
Tambahnya, Najib sanggup membuat pusingan U hanya untuk menyelamatkan diri dari penentangan parti komponen BN yang akhirnya menjejaskan peluang kepada Akta 355 untuk diluluskan di Parlimen.
“Kemelut Akta 355 boleh dikata sudah pun berakhir sekarang ini. Hampir tiada harapan lagi untuk melihatnya dapat dibentangkan, apatah lagi untuk diluluskan. Kalau ada pun harapannya, ia hanyalah tinggal senipis kulit bawang saja lagi.
“Najib Razak, Umno dan BN sebenarnya sedang menjadikan Speaker Parlimen sebagai perisai untuk menyelamatkan diri mereka,” ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan