HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Mac 2017

Azmin Ajar Presiden PAS Jadi Ulama Yang Betul

 

 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah mahu mengajar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi ulama yang betul beliau perlu sentiasa menjaga kata-katanya.


“Tak usahlah melontarkan istilah-istilah begitu. Tidak manis di khalayak ramai.Kita patut menzahirkan kata-kata yang lebih manis, lebih lunak, saling hormat menghormati.

“Sebab, kalaupun kita berhujah dengan musuh sekalipun, tidak ada keperluan menggunakan istilah-istilah yang tidak sihat. Itu pandangan saya,”kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke Lima Dewan Negeri Selangor yang ke 13, di Bangunan Annexe, di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan berkaitan satu kenyataan Abdul Hadi pada Sabtu lalu yang menegaskan PAS tidak bersama Pakatan Harapan kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya manakala di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau oportunis.

Abdul Hadi turut menyifatkan menyertai BN laksana memikul biawak hidup tetapi menyertai PH biawaknya lebih besar lagi.

“Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah,” kata Abdul Hadi.

Mengulas lanjut mengenai beberapa usul PAS Selangor yang mengsyorkan hubungan PAS terhadap PKR di Selangor diputuskan, Azmin menyifatkan ia sebahagian daripada proses demokrasi.

“Kita menghormati perbezaan tetapi tidak sampai memutuskan hubungan begitu rupa.

“Kita masih yakin dan percaya keperluan kepada satu muafakat yang utuh itu amat penting bagi menyelamatkan negara dan rakyat keseluruhannya, itu pendirian PKR,” katanya.

Tiada ulasan: