HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mac 2017

IPTS ‘memburu’ pelajar?

 Berita Daily Staff

Ribuan pelajar yang daripada kelas pertengahan dan miskin telah menjadi mangsa akibat percaya dengan iklan dan kata-kata IPTS tersebut

KUALA LUMPUR: Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pengajian Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sebelum terperangkap.

Menurut Aktivis Gabungan Pendidikan Percuma, Kesavan Jo, IPTS yang ada pada hari ini akan sentiasa menarik minat pelajar-pelajar kerana mahu meraih keuntungan berasaskan yuran yang tinggi.

“Ribuan pelajar yang daripada kelas pertengahan dan miskin telah menjadi mangsa akibat percaya dengan iklan dan kata-kata IPTS tersebut.

“Bukan sahaja tidak mendapat kerja untuk kursus yang dipelajari malah menjadi penghutang kerana terpaksa menanggung beban hutang PTPTN,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Namun, kelayakan IPTS yang terdapat dalam negara semakin mencurigakan, katanya lagi.

“Oleh itu, pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTS harus meneliti banyak aspek seperti kelulusan KPM, Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA). Untuk insititut pendidikan & akreditasi MQA untuk program pengajian, yuran keseluruhan pengajian dan skop peluang pekerjaan sebelum memilih sesuatu IPTS.

Dan jangan terpedaya dengan kata-kata manis IPTS dalam iklan promosi mereka,” tambahnya.

Beliau terdahulu berkata, peningkatan pelajar IPTS adalah kerana kegagalan lepasan SPM dan STPM memasuki universiti tempatan semakin terhad.

Menurutnya, Januari yang lalu, sekumpulan 50 pelajar mengadakan bantahan kerana mendakwa ditipu oleh pihak pengurusan sebuah kolej swasta.

Difahamkan, diploma yang diperoleh dari kolej swasta itu tidak diiktiraf MQA.

Bagaimanapun,  pihak Urusan kolej tersebut menafikan dakwaan itu.

Kesavan turut mempertikaikan tindakan kolej itu yang sehingga kini masih aktif mempromosikan tawaran program-program demi menarik minat pelajar-pelajar menyertainya.

“Namun, Walaupun situasi begini kolej tersebut kembali aktif mempromosikan kolej tersebut baru-baru ini selepas keputusan SPM keluar dua minggu lepas.

“Ada juga station radio yang mempromosikan kolej ini. Situasi seperti ini banyak berlaku diseluruh Negara sepanjang tahun,” ujar beliau.

Tiada ulasan: