HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Mac 2017

Husam gesa Hadi letak jawatan

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama jawatankuasa parti segera meletakkan jawatan.
 
Bekas Naib Presiden PAS itu berkata, ini ekoran kegagalan parti itu untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, di Parlimen, sebagaimana yang giat diusahakan selama ini.
 
Husam berkata, Hadi tidak boleh melepaskan diri kerana telah mencemarkan kredibiliti PAS.
 
"Secara ringkasnya, saya minta Presiden PAS dan jawatankuasa PAS meletakkan jawatan secara bersama. (Sebab) yang berlaku ini satu tindakan politik merosakkan nama PAS.
 
"Dia telah memecahbelahkan pakatan pembangkang, pecahbelahkan PAS dan meletakkan PAS sebagai satu badan politik yang tidak dapat difahami oleh rakyat jelata," katanya kepada media semalam. 
 
Tambah Husam, semasa beliau masih berada di dalam PAS lagi perkara sebegini telah dibincangkan namun tidak diendahkan.
 
"Dalam PAS perkara ini telah kita bincang semasa saya jadi naib presiden lagi.
 
"Waktu itu kita putuskan pindaan ini hendaklah dibawa oleh pihak kerajaan dan bukannya usul persendirian," katanya.
 
"Tetapi tiba-tiba RUU 355 dibawa secara persendirian oleh Ahli Parlimen Marang tanpa persetujuan jawatankuasa PAS Pusat pada waktu itu," kata beliau lagi.
 
 

Tiada ulasan: