HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Mac 2017

Perjuangan DAP Menentang Hak Keistimewaan Melayu-Bumiputera Dalam Perkara 152 & 153 Perlembagaan Persekutuan



Perjuangan DAP adalah menentang hak keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, untuk membina satu masyarakat baharu yang berasaskan keadilan untuk semua kaum yang dinamakan ‘Malaysian Malaysia.’


Menurut laman baharu, ‘Impian Malaysia’ konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang menjadi roh perjuangan DAP hingga ke hari ini adalah warisan slogan yang pernah dipopularkan sebuah parti Singapura, pimpinan Lee Kuan Yew.
Slogan ‘Malaysian Malaysia‘ mula dicanang Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew pada tahun 1964, ketika PAP mula menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) yang kedua selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Kuan Yew mula mengkaji Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu apabila menyertai Malaysia pada 16 September 1963.
Menurut Kuan Yew Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tidak adil kerana meletakkan kedudukan Melayu-Islam lebih tinggi berbanding dengan kaum lain terutamanya Cina dan India.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kedudukan hak keistimewaan diperuntukkan kepada kaum Melayu sebagai pertukaran hak kerakyatan (Jus Soli) kepada bukan Melayu.
Hal ini termaktub dalam Perkara 153, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi (Perkara 152) serta Islam sebagai agama persekutuan (Perkara 3) di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia pada tahun 1963, konsep hak keistimewaan Melayu diperluaskan kepada kaum Bumiputera khususnya di Sabah dan Sarawak.
Majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina, maka Kuan Yew yang juga Setiausaha Agung PAP menentang keras konsep Ketuanan Melayu-Bumiputera itu dengan memperkenalkan konsep baharu yang dinamakan ‘Malaysian Malaysia’.
Selanjutnya, sila baca “DAP Bermula Dari Satu Impian

Tiada ulasan: