ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Dua atau mungkin juga tiga warga Korea Utara yang juga
suspek kes bunuh Kim Jong-nam dipercayai menaiki pesawat yang turut
membawa mayat mangsa kes itu dalam penerbangan dari KLIA, dipercayai
hasil persetujuan bersama antara kedua negara.
Gambar yang dirakam Reuters dari agensi berita Jepun, Kyodo menunjukkan
Hyon Kwang Song, setiausaha kedua di Kedutaan Korea Utara di sini dan
Kim Uk-il, kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo dalam pesawat yang
dalam perjalanan ke Beijing pada petang Khamis.
Imej kedua-dua suspek itu sama seperti mana yang disiarkan Bukit Aman sebelum ini.
Keranda yang membawa mayat Jong-nam juga dipercayai dalam pesawat sama walaupun ia tidak disahkan pihak berkuasa.
Laporan media tempatan menyebut, suspek ketiga, Ri Ji-u atau dikenali
sebagai James yang dikatakan bersembunyi di kedutaan negara itu di ibu
negara telah dibenarkan pulang ke tanahairnya.
Ketiga-tiga suspek akan meneruskan perjalanan ke Pyongyang dari Beijing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan