Manakala timbalannya pula ialah Mohd Yusof Mahadi dan Subahan Kamal
PETALING JAYA: Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah menjadi Presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021.
Pengumuman itu dibuat ketika Kongres Tahunan ke-53 FAM di Hotel Hilton, hari ini.
TMJ merangkul jawatan itu dengan menang tanpa bertanding sebagai presiden FAM selepas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Annuar Musa menarik diri daripada pemilihan, 48 jam sebelum detik penentuan tersebut.
Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengumumkan penarikan dirinya dalam satu sidang media di Parlimen, Khamis lalu.
Sementara itu Mohd Yusoff Mahadi dan Subahan Kamal dilantik sebagai Timbalan Presiden FAM,l.
Mohd. Yusoff dan Subahan meraih undian tertinggi masing-masing dengan 33 dan 37 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan