HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Mac 2017

Nazri, Mahathir makan laksa bersama walaupun tiada debat

BERNAMA

Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tun Siti hasmah menikmati laksa kuala dan cendol bersama di Lembah Kuala Kangsar petang tadi - Foto FB Parti Pribumi Bersatu Malaysia Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tun Siti hasmah menikmati laksa kuala dan cendol bersama di Lembah Kuala Kangsar petang tadi - Foto FB Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetap hadir di Kuala Kangsar hari ini walaupun perbahasan antara kedua-duanya tidak berlangsung.

Kedua-dua pemimpin turut mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam sambil menikmati 'laksa kuala' dan cendol serta menghayati pemandangan indah Sungai Perak di Lembah Kuala Kangsar.

Mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya terlibat dalam perbahasan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di sini petang ini anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Bagaimanapun, polis menolak permohonan bagi permit mengadakan perbahasan itu atas faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Mohamed Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Rengas berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Dr Mahathir adalah kira-kira lima tahun lalu.

Mengenai keputusan polis menolak permohonan permit perbahasan hari ini, beliau mengulangi kenyataannya bahawa perbahasan itu sebenarnya satu bentuk wacana.

"Saya harap polis dapat beri jawapan kepada saya kenapa tak beri (permit)," katanya.

Tiada ulasan: