HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Mac 2017

Kertas siasatan kes rempuh basikal telah siap - Polis

Astro Awani
Kertas siasatan kes rempuh basikal telah siap - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin berkata kertas siasatan berkenaan telah pun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
 
JOHOR BAHRU: Polis Johor telah melengkapkan kertas siasatan kes lapan remaja berbasikal yang maut dirempuh kenderaan yang dipandu seorang wanita pada 18 Februari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kertas siasatan berkenaan telah pun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Johor.

Katanya, segala keputusan selepas penyerahan kertas siasatan bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Bagi kes basikal kertas siasatan telah kita beri kepada Timbalan Pendakwa Raya dan masih belum terima arahan bagi tindakan seterusnya.

“Apa-apa pertuduhan perlu datang dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, Johor Bahru, Johor.

Pada 18 Februari lalu, lapan remaja berbasikal maut di rempuh kereta di Jalan Lingkaran dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.

Kejadian itu turut mengakibatkan lapan remaja yang lain cedera.

Tiada ulasan: