HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Mac 2017

Selangor hebat cara mana? soal Noh kepada Azmin

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar meminta Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, berhenti daripada terus membuat dakwaan yang tidak tepat mengenai prestasi di Selangor.
 
Katanya, Azmin hanya mendabik dada dengan fakta yang tidak tepat sedangkan hakikatnya bukan seperti yang didakwa.
 
“Cukup-cukuplah Azmin kalau kata Selangor ini hebat, hebat cara mana?
 
“Urus bola pun tak pandai, boleh pula lari malam. Mengurus sampah pun kelam kabut.
 
“Mengurus rumah orang miskin pun tak boleh. Bagaimana nak urus Selangor?” soalanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Azmin mengenai prestasi ekonomi Malaysia dibantu Selangor dengan mendominasi sektor pembuatan dan pembinaan di negara ini.
 
Azmin pada 20 Mac lalu dipetik akhbar Selangorkini, terbitan kerajaan negeri sebagai berkata, Selangor terus unggul sebagai indikator utama dalam memastikan Malaysia mampu mencapai status berpendapatan tinggi, menjelang 2020.
 
Memetik laporan dari Insititusi Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MEIR), katanya, Selangor menjadi negeri terpenting kepada Malaysia sama ada negara berjaya mencapai status berpendapatan tinggi atau tidak menjelang 2020.
 
Mengulas lanjut, Noh berkata, Azmin bercakap tanpa fakta, termasuk di Dewan Rakyat.
 
Beliau juga membidas akhbar kerajaan negeri itu yang juga mendakwa pelabur tidak lagi datang ke Malaysia, kecuali di negeri Selangor.
 
Katanya, kenyataan itu bukan sahaja tidak betul malah sudah dijelaskan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.
 
“Saya dah lupa Selangor ini sekarang ini nombor dua atau nombor tiga daripada ranking.
 
“Dulu masa BN memerintah Selangor nombor satu dalam KDNK negara. Bila Azmin memerintah carta Selangor sudah jatuh.
 
“Tak silap saya, jumlah pelabur Sarawak lebih tinggi daripada Selangor diikuti Johor,” kata Noh.
 
 

Tiada ulasan: