HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Mac 2017

586,863 peminjam PTPTN disenarai hitam

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SEPANG: Sebanyak 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari lalu.
 
Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff berkata, perkara itu melibatkan jumlah pinjaman bernilai RM11.6 bilion.
 
Daripada jumlah tersebut, kata beliau, sebanyak 312,068 peminjam telah datang berunding dengan PTPTN dan mula membuat bayaran balik melibatkan jumlah RM967.9 juta.
 
“Peminjam yang telah disenarai hitam imigresen itu dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.
 
“Sekiranya tidak mampu, peminjam perlu berbincang segera dengan PTPTN bagi membuat bayaran apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
 
“Setelah rundingan dan bayaran dibuat, peninjam akan diberikan pelepasan senarai hitam imigresen,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pejabat PTPTN Cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini hari ini.
 
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching. 
 
 

Tiada ulasan: