HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Mac 2017

Tan berfikiran sempit, kata Syed Ali

Berita Daily Staff

Beliau disifatkan seperti katak di bawah tempurung kerana mendakwa Ku Nan tidak memberikan tumpuan terhadap isu-isu bandar khususnya masalah golongan rakyat tidak berumah dan membasmi kemiskinan.

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Umno Syed Ali Alhabshee menyifatkan Bendahari Agung PKR, Dr Tan Yee Kew seperti ‘katak dibawah tempurung’ apabila gagal melihat jasa yang dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Adnan Mansor.

Beliau turut mendakwa Tan mempunyai pemikiran sempit apabila mendakwa usaha Adnan merupakan strategi mengampu Perdana Menteri Najib Razak.

“Dr Tan tuduh Ku Nan ampu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu tidak betul dan datangnya daripada pemikiran sempit,” tegasnya.

“Bendahari Agung PKR itu barangkali cetek dan dangkal untuk memahami tugas dan tanggungjawab seorang wakil rakyat khususnya jemaah menteri yang diberikan potfolio masing-masing untuk membangunkan negara dan menjana kesejahteraan hidup rakyat.

Syed Ali berpendirian Ku Nan sebagai pemimpin yang telah membawa perubaan kepada warga ibu kota khususnya dalam isu perumahan, setinggan, penjaja dan sistem aliran trafik.

“Walaupun belum mencapai matlamat 100 peratus sifar setinggan di Kuala Lumpur, tetapi penempatan perumahan tersebut berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat disamping kewujudan peluang-peluang perniagaan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Bendahari Agung PKR itu terhadap Ku Nan menerusi posting Facebooknya.

Tan berkata Ku Nan tidak memberikan tumpuan terhadap isu-isu bandar khususnya masalah golongan rakyat tidak berumah dan membasmi kemiskinan.

Tiada ulasan: