Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hairan apabila
tindakannya menukar gambar profil dalam laman sosialnya dipertikai
sesetengah pihak.
“Tukar (gambar) profil pun salah, tak tukar pun salah, senyum pun salah, tak senyum pun salah, jadi macam mana,” soalnya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Komuniti Bola Keranjang di Batu 11 Cheras.
Azmin berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakannya menukar gambar profil di kesemua akaun sosialnya di Facebook, Twitter dan Instagram – kepada gambar baru memakai kopiah putih.
Azmin, Selasa lalu mempersendakan "seorang tok lebai" di laman sosialnya kerana bercita-cita hendak menawan Selangor walaupun "kalah tersungkur" di kawasan sendiri.
Meskipun tidak menamakan pemimpin terbabit, namun Azmin dipercayai merujuk kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Tulisan di Twitter itu dibuat kebetulan selepas Nik Abduh berkata, persetujuan agar PKR menerajui Selangor tidak akan sentiasa kekal seperti sebelum ini.
Tulisan Azmin itu kemudian mengundang kemarahan meluas akar umbi PAS.
'Pakat betul-betul'
Bagaimanapun Azmin hari ini meminta semua parti pembangkang supaya bertenang dalam menyelesaikan polemik melibatkan Pakatan Harapan, PAS dan BERSATU.
“Rilek', yang penting pakat betul-betul, bincang baik-baik dan saya yakin dengan kewibawaan kepimpinan parti sama ada dalam Pakatan Harapan, BERSATU dan PAS.
“Saya yakin mereka mahu negara yang lebih baik dari sekarang dan itu boleh dicapai melalui perbincangan dan rundingan,” katanya.
Azmin berkata tidak pernah dalam sejarah parti itu memutuskan hubungan dengan mana-mana parti pembangkang, termasuk PAS.
“PKR tidak pernah putuskan hubungan dengan mana-mana pihak. Ini kekuatan PKR, PKR sentiasa terbuka dan itu (soal putuskan hubungan) terserah pada pihak lain.
“PKR sentiasa mengambil sikap untuk berbincang, berunding walaupun terdapat perbezaan. Perbezaan itulah kekuatan kita untuk mencapai permuafakatan yang lebih kuat untuk negara dan rakyat,” katanya.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, perbalahan secara terbuka hanya akan merugikan semua pihak.
"Saya yakin sebelum ini banyak isu yang lebih besar dari ini dan kita boleh selesaikan.
“Penyelesaian ini mestilah dibuat secara baik, bersopan dan tertutup, kita bincang dalam semangat kekeluargaan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan