shahbudindotcom
Kononnya
kata orang ini, Tun Mahathir Mohamad mempunyai kuasa veto dalam
Bersatu, meskipun hanya berjawatan sebagai Pengerusi sahaja.
Kata
beliau lagi, kuasa veto yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri itu
juga melangkaui kuasa Presiden yang disandang oleh Muhyiddin Yassin.
"Kalau lepas ini dia naik sekali lagi, apa yang akan berlaku saya tak tahu.
"Bukan 1MDB saja, 10MDB akan berlaku," ujarnya yang bergelar Dr di pangkal namanya.
Logikkah dakwaan beliau itu?
Tun
Mahathir sudah pun berkuasa selama 22 tahun sebelum ini, sudah berapa
banyak skandal secara langsung melibatkan dirinya yang mirip 1MDB pernah
berlaku?
Pernahkah selama 22 tahun berkuasa, ada berbilion-bilion ringgit wang ditemui dalam akuan bank peribadinya?
Adakah isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali bermewah bagai nak gila, naik jet merata dan enjoy membeli-belah keliling dunia?
Adakah
juga anak-anak beliau, tanpa sebarang perniagaan yang diusahakan,
tiba-tiba diketahui memiliki hartanah mewah ratusan juta di London dan
Amerika?
Itu baru 7 tahun berkuasa?
Bayangkan jika dapat berkuasa dengan lebih lama atau sehingga 22 tahun tempohnya?
Jadi,
antara Najib dan Tun Mahathir, siapa yang lebih bahaya kepada kita
rakyat jelata yang subsidi turut ditarik satu demi satu serta dibebankan
pula dengan GST, di sebalik ikan kembong pun sudah lebih RM20 sekilo
harganya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan