HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mac 2017

BN gunakan taktik Trump untuk menang pilihan raya

OLEH NAZLI IBRAHIM

Republican presidential candidate Donald Trump speaks to supporters as he takes the stage for a campaign event in Dallas, Monday, Sept. 14, 2015. (AP Photo/LM Otero)


SHAH ALAM: Pembangkang di Selangor menggunakan kaedah yang sama digunakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akibat ketandusan idea untuk menyerang Kerajaan Pakatan negeri itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar, berkata taktik terbabit adalah cara menyerang kredibiliti Kerajaan Negeri dengan berita palsu di media kawalan mereka sama seperti yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika bertanding merebut jawatan itu.

“Saya nampak taktik yang digunakan pembangkang di Selangor adalah sama seperti model Trump di Amerika Syarikat di mana Trump di AS menggunakan kuasa media untuk membesarkan berita palsu melalui media yang dipegang untuk memburukkan nama Negeri Selangor.

“Mereka tiada pilihan dan tiada idea bagaimana nak dapatkan kerusi dalam Kerajaan Negeri. Jadi mereka gunakan cara yang palsu. Inilah yang berlaku. Tiada orang yang nak buat tetapi hanya orang gila seperti Jamal sanggup melakukannya,” katanya.

Xavier berkata demikian ketika membahaskan usul menyembah ucapan terima kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Jelasnya, tindakan pemimpin Barisan Nasional (BN) menyerang Kerajaan Negeri dalam isu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sejak kebelakangan ini ekoran pilihan raya semakin hampir.

Katanya, beliau mengalu-alukan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu memeriksa akaun dan dokumen di pejabatnya berhubung pembayaran SMUE.=EZY=

Tiada ulasan: