HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Mac 2017

Pemimpin PKR dicabar senaraikan 10 sumbangan seperti Ku Nan

Editor Berita Daily

Menteri Wilayah Persekutuan itu disifatkan sebagai pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung PKR, Dr Tan Yee Kew digesa untuk menyenaraikan 10 sumbangannya kepada rakyat seperti mana yang telah dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketua Bahagian MIC Setiawangsa S Rajah dalam masa sama menyangkal dakwaan Tan Yee Kew yang mengatakan tidak memberi tumpuan terhadap isu-isu rakyat di kawasan bandar.

“Yee Kew, sebagai pembangkang, hanya tahu memfitnah tidak tentu pasal. Biasa lah bila pembangkang tiada kerja ini lah yang mereka buat.

“Tengku Adnan bukan semata-mata seorang Menteri malah beliau seorang Pemimpin berjiwa rakyat. Setiap pergerakan beliau hanya memikirkan kebaikan rakyat.

“Cuba Dr Tan Yee Kew senaraikan 10 pencapaian beliau?”katanya menerusi kenyataan media yang dalam masa sama.

Beliau menyebut 10 pencapaian Adnan yang antaranya adalah menubuhkan Pusat Transit Gelandangan di ibu kita dan menyediakan rumah mampu milik.

“Beliau juga telah mengusahakan Rumah Transit untuk pasangan baharu kahwin dengan bayaran RM250 sebulan. Disamping itu, memastikan DBKL terus mengekalkan kadar sewa rumah PPR dan PPA DBKL dengan kadar bayaran RM124 sebulan atau RM4.20 sehari.

“DSU Tengku Adnan juga mengarahkan DBKL menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma untuk anak-anak yang tinggal di PPR dan PPA DBKL. Pengangkutan bas percuma dalam Bandar melalui Program GO KL Free City Bus Services disediakan,” ujarnya.

Sehubungan itu Rajah menyarankan Tee agar mengikuti perkembangan khususnya jasa Adnan kepada rakyat.

Terdahulu Tee membuat tuduhan itu melalui satu kenyataan dalam laman Facebook miliknya semalam.

Tiada ulasan: