ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata,
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjaya membawa
satu transformasi dalam hubungan diplomatik sehinggakan Malaysia
mempunyai rangkaian hubungan diplomatik dan hubungan dagang yang
bersifat positif dengan banyak negara.
Jelasnya, transformasi ‘Najibplomatik’ ini dilihat mempunyai satu signifikan yang penting dalam konteks pembangunan negara.
“Kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib telah berjaya membuat satu
tranformasi dari segi hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara
luar yang dilihat lebih bersifat konstruktif dan banyak nenguntungkan
negara.
“Berbanding suatu ketika dahulu, hubungan diplomatik lebih bersifat
kepada kenyataan yang dilihat popular bagi personaliti (seseorang
individu) namun ia tidak semestinya membawa kebaikan dalam hubungan
politik antara negara.
“Kita dapat lihat dulu Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang agak
tidak begitu mesra dengan Australia atau Singapura atau juga dengan
negara barat Amerika malah suatu ketika dengan Arab Saudi sendiri
walaupun kenyataan-kenyataan yang keluar daripada pimpinan boleh dilihat
sesuatu yang ditafsirkan popular pada personali...tetapi tidak
semestinya ia merupakan sesuatu yang baik dari segi hubungan diplomatik
negara.
“Akibatnya sesetengah negara memandang negatif terutama sekali dari
sudut perdagangan dan hubungan dua hala dan sebagainya,” ujarnya dipetik
portal Umno-Online.
Namun tambah beliau, di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, pandangan negatif ini telah dapat di atasi dengan baik.
“Malaysia masih mengekalkan prinsip berkecuali… prinsip mengekalkan
Malaysia dalam konteks zon ‘freedom dan neutrality’ tetapi ia telah
dibuat satu perimbangan melalui ‘positif engagement’.
“Sebagai contoh hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat...di zaman
Datuk Seri Najib dapat diperbaiki kepada tahap yang sangat baik pada
masa yang sama tidak menghalang Malaysia memperkukuhkan lagi hubungan
Malaysia dengan China walaupun Amerika dengan China ada sedikit sebanyak
isu diplomatik tetapi negara kita telah memainkan peranan dan memberi
keuntungan kepada negara kita sendiri,” katanya lagi.
Disebabkan hubungan baik antara negara jugalah jelas Annuar, masalah
kuota haji dapat diselesaikan dengan sekelip mata walaupun dahulu
hubungan Malaysia dan Arab Saudi tidak begitu baik.
“Ini semua kesan daripada hubungan baik yang diwujudkan. Jadi dilihat
satu daripada kejayaan besar yang Datuk Seri Najib bawa adalah bagaimana
beliau transformasikan hubungan diplomatik ini sehingga mempunyai
hubungan yang sangat baik dengan EU, Amerika...Jepun dan sebagainya
hatta Filipina.
“Ini sangat penting untuk mengembangkan ekonomi negara kerana perkembangan ekonomi akan berlaku jika ada banyak pelaburan.
“Ini juga tidak mungkin dapat dilakukan kalau Malaysia tidak mempunyai
rangkaian hubungan diplomatik dan hubungan dagang yang bersifat positif
dengan negara-negara luar,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan