TV3 sila terus maki hamun Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Itulah permintaan ahli
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zahid
Mat Arif, masa berucap di majlis malam mesra media anjuran PPBM Pulau Pinang pada 17
Februari lalu.
Kata Zahid, pada mulanya dia
marah dan sangat benci kepada TV3, khususnya dan media massa arus perdana (MAP), amnya kerana hina Dr Mahathir.
Tapi bila dia bergaul dengan
orang ramai, dia dapati bukan dia saja marah dan benci kepada TV3 kerana
hina Dr Mahathir malah mereka pun begitu juga.
Lagi teruk TV3 dan MAP hina Dr
Mahathir, lagi orang ramai benci kepada mereka dan bersimpati dengan Dr
Mahathir.
Ramai sudah tahu MAP dalam
keadaan nazak sehingga terpaksa tutup kilang percetakan, mengemis kepada Umno
untuk bayar gaji kakitangan dan rugi ratusan juta ringgit kerana ditolak oleh penonton, pembaca dan pendengar.
Contoh terbaru penolakan orang
ramai terhadap MAP kerana hina Dr Mahathir adalah tindak balas mereka kepada
kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, (Datuk Seri) Tengku Sharifuddin
Tengku Ahmad.
Dalam kenyataan media pada 27
Februari lalu dia kata Dr Mahathir adalah harimau tua yang sama ada nyanyuk
atau pembohong.
Di antara pukul 1:21 petang hari
itu hingga 5:05 petang hari berikutnya, laporan Malaysiakini itu menarik 124
komen. Berita yang sama dalam Facebook mendapat 1,200 komen.
Kebanyakan komen pertahankan Dr
Mahathir dan kutuk Tengku Sharifuddin. Memang teruk dia kena belasah.
![]() |
| Tengku Shariffudin kata Dr Mahathir Harimau Tua Nyanyuk |
Contoh komen pembaca terhadap kenyataan Tengku Sharifuddin itu adalah seperti berikut:
Kasparov Cia:
“Ya betul..... T Sariffudin ni kaki jilat..... Nak buat mcm mana semua yg di
pilih Pak Jib pilih bodoh2.....”
Mohd Abu
(University West London): “Kalau Mahathir menyanyi saya dengar nada
penyampaiannya bukan serak parau loghat Kedahnya! Kalau Mahathir bercakap saya
nilai kandungan logik cakapnya, rentak etika dan semangat penyampaiannya! Bila
Najib berucap saya angkat kain kerana tak pakai seluar dalam utk tahan muntah
dan sumbat telinga!”
Dua pembahas
bagi tindak balas kepada hujah Mohd Abu.
Willian Cheng
(Leeds Metropolitan University UK) berkata: “Sangat benar” dan Nab AB (bekerja
di UTMIC) pula berkata: “Kahkahkah..najib klu tak cakap muhong bukan najib la
tu....”
Hatta yang
tak setuju dengan Mohd Abu pun tak pertahan Najib atau Tengku Sharifuddin
sebaliknya mereka berbalah sesama sendiri.
![]() |
| Siapa nyanyuk dan bohong? Tun kata milik kekal, Najib kata pajakan. |
Kata pembahas
Ahmad Midon: “Mohd Abu betul ke citer kamu tu......rasanya satu bentuk
kelentong.....malahan ada unsur2 lucah..... yg hairannya ada pula yg
like.....pak abu buat lawak rupanya.....lemah betul daya tanggap aku ni
ye......maklumlah dah dimamah usia....” [Baca lanjutdi sini]
Syok Sendiri
Di mana pun saya pergi, ramai orang bagi tahu mereka tak tonton berita TV3 atau baca surat khabar arus perdana lagi.
Saya fahamlah
apa maksud mereka pasal berita TV3 dikendalikan oleh bekas wartawan saya di New
Straits Times. Dia antara wartawan terbaik.
Sekarang dia
pangkat besar tapi khabarnya dia dan pengarang MAP yang lain terima perintah
daripada seorang “puppet mastar” yang bukan daripada kalangan media massa.
Inilah sebabnya, rasa saya, MAP
kacau-bilau.
Manakala laskar siber sukarela
atau upahan Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng
Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, Umno dan Barisan Nasional pula semakin tak berani buat
tampalan dan bagi komen.
Semakin jarang mereka buat
tampalan Blog atau Facebook sokong dan pertahan Najib pasal setiap kali mereka
buat demikian mereka kena belasah dan bilangan yang masuk berbahas dengan
mereka makin kecil.
Kalau buat posting pun mereka
sekadar siar gambar mereka makan, hisap curut, memandu, tunggang basikal rentas
desa atau naik motosikal kuasa tinggi.
Berkenaan Tengku Sharifuddin,
saya nak kata kepada dia, saya pun dah tua tapi belumlah nyanyuk.
Saya ingat lagi
panggilan telefon Najib kepada saya bagi maklumkan yang dia telah tawar jawatan
Setiausaha Akhbar kepada Tengku Sharifuddin. Tapi tak perlulah saya cerita apa
yang saya kata kepada Najib masa itu.
Wallahuaklam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan